Sunday, 31 May 2015

Cara Mudah Untuk Order


Cara Mudah Untuk Order - Shaklee memperkenalkan eSELL untuk para penggunanya.

Boleh KLIK di bawah untuk pesanan produk Shaklee



Hanya gunakan kad kredit atau kad debit sahaja dan tunggu pesanan anda sampai ke rumah. Untuk tutorial cara menggunakan eSell ini boleh rujuk sini :


Berminat untuk menjana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk mendapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Hazimah Mustafa
ID Shaklee 836722
SMS/WhatsApp 019-392 9910

COD sekitar Putrajaya, Pengeposan di seluruh Malaysia
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mengdiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.**
Klik untuk baca selanjutnya >>

Saturday, 28 March 2015

Promosi Mac 2015

Promosi Mac 2015 - Lagi promosi bulan Mac 2015


Sms/WhatsApp 019-3929910 atau COD sekitar Putrajaya atau melaluiPosLaju sekiranya berada di luar kawasan Putrajaya.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee atau Pengedar yang sah boleh join team saya Infinity Mom Team (IMT) hanya modal serendah RM75 (Sem.Malaysia) dan RM85 (Sabah & Sarawak)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mengdiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.**
Klik untuk baca selanjutnya >>

Promosi ESP Kembali Untuk Bulan Mac 2015

Promosi ESP Kembali Untuk Bulan Mac 2015 - Dapatkan sekarang sebelum harga dikenakan GST.



Sms/WhatsApp 019-3929910 atau COD sekitar Putrajaya atau melaluiPosLaju sekiranya berada di luar kawasan Putrajaya.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee atau Pengedar yang sah boleh join team saya Infinity Mom Team (IMT) hanya modal serendah RM75 (Sem.Malaysia) dan RM85 (Sabah & Sarawak)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mengdiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.**
Klik untuk baca selanjutnya >>

Saturday, 21 March 2015

Tips Kemas Rumah

Tips Kemas Rumah - Saya bukan pandai sangat mengemas rumah ni. Kemas ala, kadar sahaja. Biasa saya kemas-kemas yang nampam di mata. Yang tak nampak tu memang abaikan. Lagi-lagi anak-anak yang pandai jadi 'tukang kemas'. Lagi haru biru. Tapi di sini saya nak kongsi sedikit la tips mengemas rumah yang berjaya saya lakukan.

Tips Kemas Rumah
  • Kemas bila hujung minggu sahaja. Antaranya, memvakum lantai, mengemop dan membersihkan bilik air. Habuk-habuk pun sekali harung masa saya memvakum lantai. Saya mulakan dari dapur membawa ke ruang tamu dan last sekali tentunya bilik-bilik. 
  • Macam mainan anak-anak biasa saya letakkan setempat iaitu kumpulkan dalam satu bilik yang memang dibuat stor simpanan. Stor sedia ada terlalu kecil dan ruang terhad.
  • Kain baju yang sudah berlipat biasanya saya letakkan dalam satu bakul besar. Kain saya lipat selepas diangkat dari jemuran. Biasa aktiviti ini 2 hari sekali sebab kain dijemuran saya 2 hari jemur baru kering. Bila dah siap lipat, letak dalam bakul dan susun di dalam almari mengikut partition sendiri. Kalau baju anak-anak yang ada pasang-pasang tu, saya biasa letakkan pasangan nya siap-siap. Nanti senang hendak ambil.
  • Susunan pinggan mangkuk di rak pula ikut besar dan ikut jenis. Jadi nampak cantik je tersusun.
  • Biasa saya seterika baju seminggu sekali. Sekali harung senang. Cuma tudung je ikut kesesuaian kena iron setiap hari. Kemeja dan seluar kerja suami biasanya saya gantung bila ambil terus dari ampaian. Senang nanti boleh terus seterika.
Itu antara tips saya yang biasa saya buat. Tapi kadang-kadang tak larat hendak kemas saya biarkan je. Mungkin kawan-kawan ada tips lain yang boleh berkongsi. Boleh kongsikan idea anda di ruangan komen. Ok da!

Sms/WhatsApp 019-3929910 atau COD sekitar Putrajaya atau melaluiPosLaju sekiranya berada di luar kawasan Putrajaya.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee atau Pengedar yang sah boleh join team saya Infinity Mom Team (IMT) hanya modal serendah RM75 (Sem.Malaysia) dan RM85 (Sabah & Sarawak)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mengdiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.**

Klik untuk baca selanjutnya >>

Friday, 20 March 2015

Tempat Makan BEST di Johor Bahru

Tempat Makan BEST - Bila sebut tempat makan best, memang terbayang-bayang tempat yang bagi saya sangat best. Rasa macam nak pergi makan lagi di sana. Baru-baru ini saya sekeluarga bercuti di Johor Bahru. Sempat saya kunjungi Selera Senibong Tom Yam Seafood. Tempat ini terletak di Kg Senibong. Saya goggle je mula-mula tu dan set Waze terus menuju ke Kg. Senibong. Makanan dekat sini memang terbaik bagi saya. Saya order Sotong Goreng Tepung, Udang Masak Butter, Siakap Stim Limau dan Lala Masak Sambal. Memang kena selera saya dan suami. Terbaik! Oh lupa hendak bagi tahu, tempat ini mula beroperasi dari jam 5 petang sehingga 2 pagi. Yang bestnya terletak di tepi laut dan boleh nampak negara jiran, Singapura. Meh layan gambar ini.


Tepi laut, menghadap Singapura


Buku Menu


Siakap Stim Limau


Lala Masak Sambal


Sotong Goreng Tepung


Udang Masak Mentega

Pendek kata makan dekat situ sangat sedap dan kena dengan selera saya dan suami. Gambar tuan rumah mesti la kena ada kan.




Lagi satu tempat makan best. Abah Beriani House. Bagi saya Nasi Beriani terbaik yang saya makan. Tidak sah datang ke Johor tidak makan menu utama negeri Johor ini. Saya dan suami sudah tentunya memilih Beriani Kambing. We Love Kambing! Tambah satu lauk asing, Ayam Masak Merah. Memang terbaik! Biarlah gambar berbicara.


Pintu depan kedai


Buku Menu


Nampak sedapkan?

Ok, itu lah tempat makan best di JB yang saya boleh katakan. Mungkin akan datang balik ke sini. InsyaALLAH.

Sms/WhatsApp 019-3929910 atau COD sekitar Putrajaya atau melaluiPosLaju sekiranya berada di luar kawasan Putrajaya.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee atau Pengedar yang sah boleh join team saya Infinity Mom Team (IMT) hanya modal serendah RM75 (Sem.Malaysia) dan RM85 (Sabah & Sarawak)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mengdiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.**
Klik untuk baca selanjutnya >>

Thursday, 19 March 2015

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Cara Temerloh

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Cara Temerloh - Wah, tajuk kemain lagi gempak! Di sini saya hendak berkongsi resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Cara Temerloh.

Bahan-bahannya :
  • Seekor ikan patin yang sudah bersih - potong ikut saiz kesukaan
  • Kunyit hidup
  • Tempoyak - ikut kesesuaian
  • Cili padi - bilangan bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
  • Cili merah - 3biji sudah memadai 
  • Daun kesum - ikut citarasa
  • 1 batang Bunga kantan - sebatang sudah memadai
  • 1 batang Serai 
  • Sebiji timun tua yang sederhana saiz
  • Asam keping 

  • Garam 
  • Air
Cara-caranya :
  1. Potong ikan patin ikut saiz kegemaran
  2. Blend kunyit hidup + cili padi + cili merah
  3. Ketuk serai
  4. Masukkan bahan-bahan yang di blend tadi ke dalam periuk dan tambah air bersama-sama tempoyak. Gaulkan bagi rata. Selepas itu tambah air bagi separuh periuk. Letak dalam 2-3 keping asam keping dan serai yang telah diketuk.
  5. Letakkan di atas dapur.
  6. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan juga ikan patin serta masukkan garam ikut sesedap rasa.
  7. Akhir sekali masukkan timun tua.
  8. Bila dah mendidih dan ikan patin telah masak, tutup api.
  9. Boleh dihidang bersama-sama nasi panas.
Inilah hasilnya. 


SELAMAT MENCUBA!!

Sms/WhatsApp 019-3929910 atau COD sekitar Putrajaya atau melaluiPosLaju sekiranya berada di luar kawasan Putrajaya.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee atau Pengedar yang sah boleh join team saya Infinity Mom Team (IMT) hanya modal serendah RM75 (Sem.Malaysia) dan RM85 (Sabah & Sarawak)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mengdiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.**

*** gambar ambil dari goggle
Klik untuk baca selanjutnya >>

Wednesday, 18 March 2015

Siapa Saya

Siapa Saya - Saya? Nama penuh Hazimah Binti Mustafa. Nama panggilan Hazimah, Zimah atau Imah. Mana-mana yang sesuai. Saya berasal dari Temerloh, Pahang atau lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Memang lahir, dibesarkan dan bersekolah di Temerloh. Kiranya anak jati Temerloh. Sekarang saya bekerja dan tinggal di Putrajaya. Telah berkahwim dan mempunyai 2 orang anak serta bakal menunggu kelahiran anak ke3. InsyaALLAH semoga dipermudahkan Allah. Saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir di salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya. 

Oh lah, itu sahaja untuk pengenalan siapa saya. Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi saya sendiri ye.


Sms/WhatsApp 019-3929910 atau COD sekitar Putrajaya atau melaluiPosLaju sekiranya berada di luar kawasan Putrajaya.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee atau Pengedar yang sah boleh join team saya Infinity Mom Team (IMT) hanya modal serendah RM75 (Sem.Malaysia) dan RM85 (Sabah & Sarawak)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mengdiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.**
Klik untuk baca selanjutnya >>

Cabaran 30 Hari Berblogging

Cabaran 30 Hari Berblogging - Meh kita sahut cabaran berblogging selama 30 hari berturut-turut. Jom..


Klik untuk baca selanjutnya >>

Euphoria - rujukan

Popular Posts