Tuesday, 15 November 2011

Apa itu vitamin E

Wah, siapa tidak ingin memiliki kulit yang cantik berseri kan? Kebanyakan semua wanita inginkan kulit yang halus, mulus, tidak kusam dan nampak sentiasa segar..Jangan tak tahu, lelaki pun sudah ramai menitikberatkan kecantikan kulit terutama kulit wajah..Bila wajah kita bebas daripada segala kecelaan, keyakinan diri akan bertambah..Ini pernah terjadi kepada saya, dimana saya dulu memang mengalami masalah jerawat yang teruk..Sekarang tidak lagi..

Semua tau Vitamin E memang sinonim dengan kecantikan wajah, nak nampak muda sokmo. Siapa tak nakkan? Lebih-lebih lagi kalau orang tegur..'eh, akak ni nampak muda la..umur berapa ek? ' bila sebut pasal umur, mesti tak percaya sebab wajah nampak muda..masa tu mesti senyum melebar kan? hehe..

Apa itu Vitamin E?

Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.¹

Satu kapsul gel lembut membekalkan:
  • 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
  • 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.



    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...